Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2015 di SKSI

Thursday, July 23, 2015

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dikesempatan ini kami bagi pihak PIBG SKSI ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada semua guru, ibu bapa, waris, dan murid SKSI.

Seperti yang telah dimaklumkan kepada semua waris melalu surat daripada Guru Besar SKSI bertarikh 23 Julai 2015, pihak sekolah akan mengadakan majlis Sambutan Hari Raya bagi semua murid dan guru. Majlis tersebut akan diadakan dari pukul 9.45 pagi hingga 12.05 tengahari. Semua yang hadir digalakkan memakai baju raya atau baju kebangsaan beserta dengan kasut tertutup.

Maklumat lebih lanjut berkaitan majlis ini akan dipaparkan di web sekolah.

Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Khuzaimah di atas makluman ini.

Post a Comment

  © Designed and managed by zmk. Modified from OBT 2012

Back to TOP