Hari Keusahawanan SKSI

Wednesday, May 27, 2015


SKSI telah menganjurkan Hari Keusahawanan pada Sabtu 23/5/2015 jam 8.30 am - 1 pm. Program tahunan ini yang melibatkan semua guru dianjurkan oleh Unit Ko-Kurikulum SKSI.

Matlamat utama program ini ialah untuk membentuk semangat kerjasama dikalangan guru-guru SKSI disamping menambah tabung/dana sekolah untuk kegiatan kelab dan persatuan di SKSI. Program ini juga diharap dapat mendidik murid-murid mengamalkan sikap bekerjasama dan menanam sifat-sifat keusahawanan dan inovatif.

Beberapa buah gerai telah dikendalikan oleh kelab dan persatuan di SKSI: antaranya adalah Kelab-kelab Kebudayaan, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Agama Islam, dan Unit Bimbingan & Kaunseling. AJK PIBG telah memberikan kerjasama melalui pengendalian sebuah gerai makanan oleh Pn. Roshamimi dan 2 gerai pameran dari School of Aerospace Engineering USM dan School of Electrical & Electronic Engineering USM. Beberapa pameran dari pihak luar juga dijemput untuk memeriahkan program: antaranya adalah Polis, Bomba, Maybank, Bank Rakyat, Pusat Kesihatan dan Pergigian, dan AIA Insurans.

Aktiviti-aktiviti menarik juga telah diadakan: antaranya adalah cabutan bertuah, pertandingan pakaian seragam, pertandingan lipat tuala, pertandingan karaoke, pemeriksaan gigi, rumah hantu, dan memancing itik.

Pihak PIBG berterima kasih kepada Cikgu Khuzaimah kerana telah menyediakan maklumat di atas, kepada Dr. Azmier dan Cikgu Syakinah untuk gambar sekitar SKSI, dan En. Zihad untuk gambar pameran USM Aerospace.

Di sini kami berkongsi beberapa gambar gerai pameran yang telah diambil semasa program dijalankan.


Di bawah adalah beberapa foto pameran dari USM Aerospace bersama remote-controlled multirotors.

Read more...

Ceramah Motivasi Bersama Profesor Widad

Monday, May 25, 2015

Satu program ceramah motivasi untuk pelajar-pelajar Tahun 6 telah berjaya diadakan pada Jumaat petang 22/5/2015 di SKSI sebagai persediaan mereka menghadapi UPSR September ini. Ceramah bertajuk "A Matematik & UPSR" telah disampaikan oleh Profesor Dr. Widad Ismail dari School of Electrical & Electronic Engineering Universiti Sains Malaysia. Beliau adalah antara profesor wanita termuda di USM.

Program tersebut telah dianjurkan oleh PIBG SKSI dan diselaraskan oleh Biro Motivasi yang diketuai oleh Dr. Mohd Azmier, dengan kerjasama guru-guru SKSI. Maklumbalas daripada murid-murid yang mengikuti ceramah tersebut menunjukkan mereka gembira dengan program tersebut dan mendapati penyampaian dari Prof. Widad sangat sesuai untuk semua tahap IQ murid yang hadir. Suasana ceramah tersebut juga santai, membuatkan semua murid selesa untuk mengikuti keseluruhan ceramah. Beberapa orang murid berpendapat yang program motivasi seperti ini boleh dibuat selalu supaya murid-murid tidak alpa untuk bersedia menghadapi UPSR.

PIBG SKSI juga ingin mengambil peluang ini untuk menyampaikan rasa terima kasih dan penghargaan kepada Profesor Widad yang telah sudi membuka lembaran program motivasi dengan ceramah pertama ini.

Akhir sekali, syabas kepada Biro Motivasi PIBG SKSI dan guru-guru SKSI yang terlibat kerana telah berjaya menganjurkan program ini. Diharap aktiviti berbentuk motivasi ini dapat diteruskan untuk membakar semangat anak-anak kita di SKSI di dalam perjalanan mereka menuju "Ke Puncak Gemilang". Kami sertakan beberapa gambar foto dari program ceramah tersebut untuk kenangan semua murid yang telah mengikutinya.

Read more...

Sukarelawan PIBG SKSI 2015-2016

Wednesday, May 13, 2015

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

PIBG SKSI pada sesi 2015-2016 telah dimantapkan lagi dengan pembentukan Unit Sukarelawan PIBG semasa Mesyuarat Agung pada 28 Mac 2015. Penyertaan di dalam unit ini adalah secara sukarela. Setakat ini, seramai 36 orang ahli dari kalangan ibu bapa telah memberikan nama mereka untuk menyertai unit ini di dalam AGM lepas. Nama-nama ahli Unit Sukarelawan ini disenaraikan di bawah. Senarai ini akan dikemaskini sentiasa untuk memasukkan nama-nama sukarelawan baru.

Unit Sukarelawan ini diwujudkan untuk memberi peluang kepada semua ahli (ibu bapa dan guru) melibatkan diri mereka secara langsung dengan aktiviti PIBG. Unit ini diharap akan dapat membantu AJK PIBG dalam semua segi dengan memberi sumbangan masa, tenaga, dan idea mereka dalam merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti PIBG. Kami berharap melalui kerjasama antara AJK dan Sukarelawan ini, aktiviti-aktiviti PIBG dan SKSI dapat dijalankan dengan lebih teratur dan berkesan.

Peluang melibatkan diri di dalam Unit Sukarelawan init juga penting bagi semua ahli - terutamanya ibu bapa - supaya mendapat peluang untuk meyuarakan pandangan secara terus melalui mesyuarat-mesyuarat AJK PIBG yang diadakan dari masa ke masa (dengan kekerapan antara satu hingga dua bulan). Kebiasaannya ahli-ahli hanya dapat menyuarakan pandangan atau membentangkan isu-isu penting melalui Mesyuarat Agung yang diadakan setahun sekali. Dengan adanya Unit Sukarelawan ini, pandangan ahli dan isu penting dapat dibentangkan dan dibincangkan dengan segera.

Kami juga berharap supaya Unit PIBG dapat dikembangkan lagi dengan penyertaan lebih ramai ahli, terutamanya dari kalangan ibu bapa yang berminat dan bersemangat untuk melibatkan diri secara terus bagi meningkatkan kualiti dan suasana pembelajaran anak-anak mereka.

Ahli-ahli Unit Sukarelawan PIBG SKSI 2015-2016 ialah:

  1. Aida Bt Basri
  2. Aidil Azlan Bin Nordin
  3. Amin Redzuan Bin Razali
  4. Amir Bin Hamzah
  5. Asmareni Bt Ismail
  6. Azilah Bt Abdul Rahman
  7. Badasiah Bt Mohkilisan
  8. Ernieza Bt Mohamad Yusof
  9. Fairuz Bt Ahmad
  10. Fatimah Bt Othman
  11. Hafizah Bt Haron
  12. Imran Bin Idris
  13. Kamarudin Bin Othman
  14. Mahani Bt Md Zain
  15. Mariah Bt Abd Aziz
  16. Masria Bt Mohammed
  17. Mohammad Rasullah Bin Amni
  18. Mohd Fauzi Bin Md Zain
  19. Mohd Fouzi Bin Ali
  20. Mohd Zaid Bin Ali @Ibrahim
  21. Mohd Zulhairel Bin Mat Yusoff
  22. Muhaiyudin Bin Hashim
  23. Muhammad Bin Mustapa
  24. Muhammad Zamhury Bin Yusoff
  25. Noorasiah Bt Md Kasa
  26. Norhanita Bt Jamaludin
  27. Nor Hashim Bin Saim
  28. Nor Hisham Bin Hj Ishak
  29. Norhusna Bt Othman
  30. Rosnani Bt Ali
  31. Rozita Bt Goon
  32. Sarina Bt Ismail
  33. Shahidatulhafiz Bt Zaini
  34. Sheikh Abdul Rezan
  35. Sumardi Bin Yazid
  36. Zuraimi Bin Mokhtar

Read more...

AJK PIBG SKSI 2015-2016

Monday, May 4, 2015

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Ahli Jawatankuasa (AJK) baru bagi PIBG SKSI sesi 2015-2016 telah dilantik di dalam Mesyuarat Agung PIBG baru-baru ini pada Sabtu 28 Mac 2015. Jumlah AJK ialah seramai 18 orang, 9 dari kalangan ibu bapa dan 9 guru. Jumlah ini termasuk 2 orang juru audit.

Senarai AJK ini adalah:

  1. Yang di-Pertua (YDP): Dr. Ahmad Zulfaa Mohamed Kassim
  2. Naib YDP: En. Azhar Ahmad
  3. Setiausaha 1: Pn. Siti Khuzaimah Md Desa
  4. Setiausaha 2: Pn. Elme Eliana Zakaria
  5. Bendahari: Pn. Lizawati Wahab
  6. Juru Audit (Ibu bapa): En. Kamarudin Othman
  7. Juru Audit (Guru): Pn. Rozita@Radiah Mohd
AJK dari kalangan ibu bapa terdiri dari:
  1. En. Badrulhisham Abdullah
  2. Dr. Mohd Azmier Ahmad
  3. Dr. Muhammad Razi Abdul Rahman
  4. Pn. Aliza Baharom
  5. Pn. Roshamimi Ghazali
  6. Dr. Rosmiwati Mohd Mokhtar
AJK dari kalangan guru terdiri dari:
  1. Ust. Murad Hussain
  2. En. Shamsul Anuar Mohd Rashid
  3. Pn. Norilyana Noordin
  4. Pn. Nurkamaliah Ahmad Tarmizi
  5. Pn. Nursyakinah Mohammad
Kami juga telah mewujudkan satu unit baru - Unit Sukarelawan PIBG - untuk memantapkan peranan dan khidmat PIBG. Sistem ini iperkenalkan setelah mengenalpasti bahawa ramai dikalangan ahli (ibu bapa dan guru) yang berminat dan bersemangat untuk memberi sumbangan dari segi masa, tenaga dan idea kepada PIBG tetapi tidak mempunyai peluang atau saluran yang berkesan untuk berbuat demikian.

Unit Sukarelawan ini telah dimulakan di akhir AGM lepas. Setakat ini, kami telah mendapat penyertaan seramai 36 ahli sukarelawan. Maklumat lanjut mengenai Unit Sukarelawan ini boleh di dapati di laman ini.

Kami juga sedang berusaha untuk mengembangkan lagi tenaga sukarelawan ini dari masa ke masa, supaya peranan dan aktiviti PIBG SKSI dapat dimantapkan lagi dengan kerjasama dari lebih ramai ahli sukarelawan.

Read more...

Selamat Datang

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Selamat datang ke laman web baru bagi PIBG SK Saujana Indah Nibong Tebal, Pulau Pinang. Laman ini bertujuan untuk digunakan sebagai portal komunikasi utama bagi ahli dan AJK PIBG SKSI. Di laman web ini, kami akan memaparkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti-aktiviti di sekolah yang dianjurkan dengan kerjasama PIBG.

Usaha kami mewujudkan portal ini adalah supaya semua maklumat berkaitan dapat disampaikan dengan pantas dan lancar kepada para ibu bapa, guru dan murid. Ia juga diharap dapat meningkatkan maklumbalas dan penglibatan para ibu bapa, guru dan murid di dalam aktiviti-aktiviti PIBG dan SKSI.

Melalui laman ini, kami mengalu-alukan sebarang komen dari tuan-tuan dan puan-puan yang bertujuan untuk menambahbaik peranan dan khidmat PIBG dengan harapan ia dapat meningkatkan kualiti pembelajaran murid-murid di SK Saujana Indah.

Untuk makluman, laman web SKSI boleh dilayari di sini.

Read more...

  © Designed and managed by zmk. Modified from OBT 2012

Back to TOP